Saturday, 31 October 2015

Promosi shaklee November 2015

Salam semua

Buat penggemar vitamin C shaklee, bulan November 2015 ni ada promosi best utk korang.

Ya...promosi jimat

Vitamin C shaklee

Promosi November 2015

Monday, 14 September 2015

Peluang FOC trip ke Bangkok di zaman gawat 2015

Shaklee FOC Trip Bangkok 2015

Semua orang suka benda free kan. Bagi key-chain free pon orang dah seronok sangat-sangat. Siapa nak peluang FOC trip ke Bangkok pada zaman GST, zaman gawat tahun 2015 ni? Angkat tangan cepat :)

Shaklee Bangkok Free Trip 2015

Baru je Ida dengan suami rancang nak ke Thailand untuk bercuti tahun ni. Tengok-tengok syarikat Shaklee baik hati nak bagi FOC trip ke Bangkok. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Syukur alhamdulillah. Nak pergi floating market je pon asalnya. Nak ambil pengalaman. Disamping tu nak rasa masakan orang Thailand ni. Mestilah tom yam !

Jom Ida cerita, apa yang PERCUMA sangat tu? 

1. Tiket kapal terbang pergi balik secara PERCUMA. Tak perlu pening-pening untuk booking tiket kapal terbang nak ke sana. Tinggal baca doa naik kenderaan je supaya selamat & dilindungi Nya pergi dan balik :)

Free Trip Bangkok Shaklee



2. Tempat penginapan, HOTEL PERCUMA. InsyaAllah selesa untuk merehatkan diri setelah penat di bumi Bangkok nanti. Nak honeymoon buat kali ke 2 3 4 5 pon boleh :)

Free trip to bangkok shaklee


3. Tempat makan, RESTORAN HALAL PERCUMA. Ni la masalah yang sering kita hadapi kalau bercuti di luar negara. InsyaAllah bak kata otai Shaklee,kalau ikut trip dengan Shaklee memang tak sempat nak rasa lapar, Mewah dengan makan.Syukur!


4. Pemandu pelancong pon PERCUMA. Haa dah sampai je Bangkok nanti, kita bukan jalan ikut sedap kaki. Kita dah siap-siap ada jadual perjalanan. Lepas ke tempat A, ke tempat B dan seterusnya. Cuma jangan lupa charge bateri kamera la ye. Banyak momen indah yang wajib kita abadikan buat kenangan. Jauh perjalanan luas pemandangan. 

TRIP BANGKOK SHAKLEE BEST! 
Tak sempat nak termenung. 
Gerenti Gempak!

Bukan tu je, DUIT POKET untuk SETIAP HARI pon dapat jugak tau. Berapa banyak? Haa..yang tu kita sembang lain nanti ye :)

Best tak? 
Best tak?
Best tak?
.
.
.
.
.
Best kan?

Jom!!!! siapa yang berminat nak dapatkan trip ke Bangkok secara percuma??

Cara untuk dapatkan trip ke Bangkok secara PERCUMA mudah sangat.

Langkah PERTAMA ialah cuma perlu menjadi ahli shaklee dengan yuran pendaftaran yang cukup murah untuk seumur hidup

Langkah ke dua, ke tiga, ke empat..Ida akan guide sampai jadi.

Cepat-cepat hubungi :

Ida Adnan

wakil sah Shaklee Taiping - 951658

whatsapp/sms/call 0195590115

fanpage : Vitamin Ajaib Shoppe 

COD : Sekitar kawasan Taiping










Wednesday, 1 July 2015

Kurang Air Dalam Badan Boleh buat Tumit Merekah sampai Luka

Cuaca sekarang amatlah panas kan. Taiping yang dikatakan kawasan paling lembap di Malaysia pon rasa bahangnya. Saya sendiri kurang air dalam badan sampaikan boleh buat tumit merekah sampai luka. Google punya goole...tara!! dah dapat cara untuk membantu selesaikan masalah ni. Disebabkan saya dah jatuh cinta dengan produk shaklee, produk lain memang tak pandang dah la.










3 supplements yang buat saya tak sabar nak amalkan secara berterusan sepanjang cuaca panas ni ialah :


Performance drink shaklee


- membantu mengurangkan bendalir bagi meningkatkan tahap hidrat tubuh

ESP shaklee


- mencegah kulit tumit daripada merekah dan pecah
- sumber protein terbaik yang dapat menggantikan sel mati dengan sel baru
- menyeimbangkan kestabilan hormon

Herbal Blend Cream Shaklee


- melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah terutamanya pada tumit, lutut dan siku
- dingin dan tidak berminyak


Semoga tiga produk di atas dapat membantu saya yang ada masalah kurang air dalam badan sampai boleh buat kaki merekah sampai luka



hubungi saya :


wakil sah Shaklee Taiping - 951658

whatsapp/sms/call 0195590115


COD : Sekitar kawasan Taiping






4 Tips Sentiasa Gembira dengan Ketawa Untuk Elak Stress

Kita memang tak dapat lari dari stress. Kehidupan sekarang bertambah stress tak cukup duit tambah lagi bila Pak Menteri bagi kenyataan macam orang kurang cerdik berkaitan ekonomi. Jom Ida kongsikan tips macam mana nak sentiasa happy atau gembira dengan ketawa bagi elak stress.



1. Fikirkan sesuatu yang lawak

Cuba ingat benda lawak yang pernah terjadi dalam hidup kita dulu-dulu. Kira macam throwback la. Bila kita teringat kisah lawak tu, mesti kita sengih sorang-sorang kan. Tengah-tengah marah atau stress tapi bila teringat balik kisah lawak, ha,, jangan malu nak mengaku tersengih sorang-sorang macam kerang busuk

2. Bayangkan sesuatu yang lucu atau lawak

Geram pada seseorang tapi sebab nak twist mindset kita supaya takmau negative thinking. Apa kata cuba kita bayangkan orang tersebut ada ketuat besar kat muka dia ke atau gigi depan dia takde ke. Sesuatu yang boleh bagi kita senyum tentang fizikal dia. Tak pon bayangkan dia pakai baju sekian sekian ( yang tak kena dengan fizikal dia) yang boleh buat kita senyum sorang-sorang. Alah, bukan orang tau pon kan !

3. Menonton video yang lawak atau lucu

Paling senang, tengokla cerita kartun macam minnion tu. Dah la comel, lawak. Ntah apa-apa la bahasa dia yang kita tak paham. Tak pon tengok cerita macam Just for Laugh ke, Maharaja Lawak Mega ke. Ye la cerita yang lawak sampai boleh buat kita keluar air mata sebab gelak tak ingat dunia. Tapi pada-pada la ye gelak tu. Nanti jiran sebelah cakap kita gila pulak.

4. Baca majalah yang lawak atau lucu

Majalah yang lawak, contohnya majalah ujang. Majalah kartun yang best, jalan cerita yang sempoi. Tak pernah baca? Sila dapatkan di pasaran. 

Sense of humor sangatlah penting dalam kehidupan kita untuk menjadikan kita lebih bahagia. Untung sungguh kalau dapat pasangan yang ada sense of humor kan. Jadi, tak perlu stress sangat la. Semua tips di atas boleh bantu kita. 


Eh, badan letih adalah salah satu punca STRESS

JOM LAYAN VMEO ni, cemana boleh elak stress bila badan letih







Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.


Saturday, 25 April 2015

10 Halangan Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

Buat bisness bukan 1 2 3 tapi dah banyak sangat tapi masih belum berjaya. Nak tahu apa halangan untuk berjaya dalam bisness? Jom saya share di bawah.

Seminar Hidup Luar Biasa anjuran Jurulatih Kejayaan #1 Asia.

10 halangan untuk berjaya dalam perniagaan.

1. Ego tapi tak cukup duit

2. Skeptikal /was-was

3. Malas

4. Takut

5. Rasa tak layak

6. Tak yakin

7. Suka bertangguh

8. Suka bagi alasan

9. Senang terpengaruh dengan perkara negatif

10. Tak ada kesungguhan.

Berniagalah apa saja pon tapi perlu ada

1. Mentor
2. Elmu /ilmu
3. Sistem
4. Tindakan
5. Usaha

Check connection kita dengan Maha Pencipta.

Niat utk berniaga bukan nak kaya raya tapi untuk dapat bantu orang lain & bagi sumbangan seikhlas hati.

Do now or never

Saya kaya dan berjaya,
Ida Adnan

Wednesday, 15 April 2015

11 Manfaat Lecithin Shaklee

11 manfaat lecithin Shaklee

Lecitin Shaklee mempunyai manfaat yang sangat banyak buat kita dalam menjaga kesihatan diri.
Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO. Setiap 1 kapsul mengandungi 520mg lecithin soya. Ini termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh badan akan menghasilkan :
  • acetyl-kolin
  • inositol
  • fosforus
  • lemak tak tepu
Asasnya Lecithin berfungsi sebagai "pemecah lemak". Selalunya lecithin boleh dapat daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung dan kacang soya.



11 manfaat utama Lecithin Shaklee :

1. MENYERAP VITAMIN YANG LARUT LEMAK.

Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak




2. MELINDUNGI HATI

Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu dalam memulihkan kesihatan hati.

3. PEMECAHAN LEMAK DAN KOLESTROL

Lecithin bertindak sebagai PEMBERSIH salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.

4. PELANGSINGAN

Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

5. MENCANTIKKAN OTOT DAN KULIT

Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

6. MEMPERBAIKI ALERGI

Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung dalam saluran darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis , demam alergi.

7. MENGHALANG KEJADIAN BATU KARANG

90% batu karang terjadi akibat kolestrol , lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

8. MEMPERTINGKATKAN DAYA INGATAN DAN MERINGANKAN STRESS

Mengandungi kolin yang membentuk penghantaran untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk tumbesaran janin yang sihat

9. MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI

Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

10. MEMPERBAIKI PROSTAT LELAKI

Kajian telah membuktikan masalah prostat dan uretra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

11. MERINGANKAN SEMBELIT

Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus

Kandungan Lecithin Shaklee :

  1. Asid linoleik (essential fatty asid) - Amat diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Jadi ia perlu diambil dari diet harian
  2. Kolin - satu komponen neurotransmitter
  3. Asetikolina - Membekalkan biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf.
  4. Inositol - sebagai komponen utama membrane atau selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Golongan yang memerlukan Lecithin Shaklee :

  • Kanak - kanak yang lambat pick-up
  • Ibu lepas bersalin yang selalu lupa
  • Pesakit darah tinggi
  • Pesakit lumpuh
  • Golongan yang ingin kurus
  • Pesakit jantung

Testimoni 

Pengguna Lecithin yang berpuas hati sebab dapat kurangkan berat badan

11 manfaat lecithin shaklee

Pengguna Lecithin Shaklee yang berpuas hati bukan saja KURUS malah tiada lagi masalah membuang air besar

11 manfaat lecithin shaklee


Aturan makan Lecithin Shaklee

2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali SELEPAS makan




RM 52.50/180 kapsul

JOM LIKE FB PAGE SAYA : VITAMIN AJAIB SHOPPE

Untuk dapatkan maklumat tentang vitamin semulajadi yang selamat, pertanyaan mengenai vitamin yang disarankan ambil serta pertanyaan mengenai keahlian Shaklee, boleh hubungi saya 

Wakil Sah Pengedar Shaklee Taiping, Perak 
(ID No : 951658)

SMS/WhatsApp di 019-5590115

Penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak melalui perkhidmatan POSLAJU dan kurier GDex Malaysia.

COD untuk kawasan Taiping, Tekkah, Kamunting, Assam Kumbang, Aulong, Simpang,Pokok Assam, Changkat Jering





Sunday, 29 March 2015

7 Tips Bangun Kembali Setelah Jatuh Tersungkur Dalam Perniagaan

Lumrah kehidupan dalam perniagaan, ada pasang dan surut. Begitu juga dengan berjaya serta gagal dalam perniagaan. Setelat jatuh dalam kegagalan, insan yang diciptakan oleh Yang Maha Hebat wajib bangun semula. Walaupun terpaksa mengesot untuk terus bangun kembali setelah jatuh tersungkur dalam perniagaan.

Tips bangun kembali setelah jatuh tersungkur dalam perniagaan
Perjalanan dalam kejayaan bermula dari langkah pertama

7 Tips Bangun Kembali Setelah Jatuh Tersungkur Dalam Perniagaan


1. Percaya kita adalah insan terpilih yang diuji oleh Allah SWT

Syukur kerana Allah SWT memilih kita untuk diuji. Allah SWT tu tak kejam. Dia tahu kemampuan hambanya. Dia tahu kita yang diuji ni BOLEH berfikir dan KUAT dengan ujian yang Dia berikan. Terima dengan berlapang dada

2. Periksa hubungan kita dengan Yang Maha Esa

Adakah kita solat di awal waktu? Berkongsi rezeki dengan cara macam mana - bersedekah? Berapa ayat Al Quran yang kita sempat baca dalam masa 1 hari?

3. Pandang ke depan, yang dah berlalu biarkan dan jadikan tauladan

Usah dikenang-kenang lagi apa yang dah terjadi. Sekarang mulakan langkah yang baru yang lebih bertenaga sambil senyum supaya aura positif berpusu-pusu ke arah kita. Buang jauh-jauh memori pedih tu.

4. Sayang diri sendiri, halau jauh-jauh perkataan Sabotaj Diri sendiri

Setiap individu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Gunakan potensi yang ada, jauhi sabotaj diri seperti merendahkan keyakinan diri, bersedih dan sebagainya

5. Hadiri kurus peningkatan diri

Sekarang terlampau banyak kursus-kursus keusahawanan dan juga woksyop peningkatan naluri. Sila pergi dan rasai kehebatan aura positif

6. Aku boleh buat, aku yakin aku boleh

Selalu memuji diri, sayang diri sendiri dan  selalu yakin pada diri sendiri bahawa aku boleh buat. Kacang goreng je pon nak buat perkara ni.

7. Perniagaan kita, kita yang kena handle bukan orang lain

Buat pelan tindakan, tampal kata-kata motivasi yang dapat menaikkan semangat diri dan cari BIG WHY dalam diri dan perniagaan kita.



Kita yang perlu ubah diri kita sendiri. Walaupun kita dibantu oleh sebuah crane sekalipun untuk bangun setelah tersungkur TETAPI diri kita sendiri tak mahu bangun, Buat penat je sewa crane tu. Apa-apa pon semuanya dari diri kita sendiri dan dengan izin Nya.



Jom kita dengar ayat-ayat power daripada Neni Lyna Noh yang dapat membakar semangat saya untuk terus berjuang dalam cycle yang baru.







Just Do It! Tapi, Kenapa? from iReach HD on Vimeo.

Wednesday, 25 March 2015

Tips WAHM Urus Anak yang Asyik Kacau Gadjet

Assalamualaikum ibu - ibu yang hebat !

anak, gadjet, WAHM, masa

Ramai ibu yang berhadapan dengan masalah anak - anak yang asyik kacau gadjet. Siap berebut dengan anak kan. Ada ibu yang sanggup marah-marah anak bila anak kacau gadjet macam handphone atau laptop atau tab atau ipad dan many more. Bila ibu-ibu dah menyinga, mula la stress.

Lepas tu takde mood nak online. Betul tak? Tu belum kira susah nak update blog sebab anak kacau gadjet atau anak ajak main game dalam gadjet sama-sama. Mulalah lambat balas sms atau whatsapp daripada customer sebab anak pegang handphone. Bertambahlah stress bila tak boleh nak promote produk sebab anak pon join sekali tekan-tekan keypad (anak pon tunjuk skill tekan-tekan ABC sebab nak share cerita dia).

TIPS YANG BOLEH ELAK ANAK-ANAK KACAU GADJET WAHM


Elak install games atau application yang boleh menarik minat anak-anak dalam gadjet

Ibu-ibu ni kan rajin sangatla bukak youtube Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu, Hi5, cuba sorok sikit icon Youtube dalam handphone atau uninstall terus lagi selamat. Jangan sesekali tunjuk cerita kesukaan anak-anak melalui gadjet kita. Tak perlu kot download games sebab bukan je menarik minat anak-anak, malah ibu-ibu pon boleh terjebak sama. Lagi parah kalau anak beranak berebut gadjet sebabkan game.

Casing gadjet yang wallahhh!!

Sekarang ni kan banyak sangatla casing yang cantik-cantik. Biasalah perempuan sukakan benda cantik kan. Kalau boleh pakai je casing gadjet yang biasa-biasa yang penting dapat protect gadjet tu.

Ajar anak, gadjet bukanlah toys.

Anak menangis, anak merajuk, ubatnye dihulurkan gadjet. Silap sangat di situ. Pujuk anak, belai anak, tenteramkan anak dengan penuh kasih sayang. Tu kan lagi bagus selain bagi handphone ibu-ibu pada anak yang tengah merajuk atau menangis. 

Selfie mahupun wefie

Ibu yang nak selfie atau nak selfie kan anak, biar ibu yang control gadjet. Elak biarkan anak-anak yang control gadjet ibu.

Anak-anak kita adalah anugerah yang tak ternilai yang dipinjamkan oleh Nya. Jadi, kita tak boleh salahkan anak semata-mata alasan untuk menjadi penghalang kita berbisness online. Kata WAHM kan. Yang penting, ibu-ibu sendiri yang perlu pandai handle anak-anak. Cuba tips-tips di atas, mana tahu berhasil. Buat pelan-pelan, insyaAllah lama-lama kita terbiasa disamping dapat disiplinkan diri sendiri.

Jom kita tengok vimeo best daripada mommy sporting ni. Bayangkan dia ada 3 orang anak lelaki. Anak lelaki lagi suka dengan gadjet. Eh, tak payah tengok anak lelaki la, tengok daddy je dah cukup apa kesukaan kaum Adam ni.


Semoga perkongsian ni memberi idea pada ibu-ibu macam saya yang memang ada masalah anak kacau handphone, anak kacau tab, anak kacau lapotop.


Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vimeo.

Wednesday, 11 February 2015

Taiping : Perjumpaan Northern Babywearer 2015



Pembuka tirai 2015 , Perjumpaan Northern Babywearer pertama yang Ida join. Perjumaan ni di adakan pada 17 Januari 2015 di Zoo Taiping dan di perkarangan taman permainan berdepan dengan Zoo Taiping. Tema kami kali ni warna MERAH dan HITAM. Maka, Zoo Taiping dilanda merah & hitam hari tu.

Babywearer Taiping
Jom royan

Terima kasih pada pihak otai-otai Northern Babywearer yang sanggup datang dari Penang, Ipoh ke Taiping. Tau, depa mai Taiping pon sebab nak jalan-jalan makan angin jugak kan disamping perkenalkan Babywearing pada orang-orang Taiping & sekitar. Ni dia antara otai-otai yang sangat baik, tak kedekut ilmu & friendly sangat-sangat walaupon kami pertama kali jumpa.

Northern Babywearer
Sheila si otai babywearer

Northern Babywearer
Sarah langsung tak kedekut ilmu

Northern Babywearer
Ida Murni & Kak Lin yang sporting

Aktiviti perjumpaan Northern Babywearer kali ini ialah 


Berjalan-jalan dalam Zoo Taiping sambil ber babywearing

Perjumapaan Northern Babywearer
sporting momies










Makan-makan dengan potluck yang sangat yummeh





Ida bawak rendang ayam dan ketupat...laku keras weh!








Royan woven wrap, ssc, mei tai
















Pertandingan front wrap cross carry @ FWCC paling cepat, paling kemas & paling cantik dalam masa 1 minit


lilit jangan tak lilit



sikit lagi nak siap tu



Pemenangnya ialah......



Sawan gambar dengan otai Penang

Ida & Kak Lin 

Sawan gambar dengan otai Ipoh


Ida & Shila

Gambar kenangan Northern Babywearer From Taiping With Love


From Taiping With Love



Bagi yang berminat untuk join kami : Taiping Babywearer, boleh ke fanpage support group seperti di bawah SINI

atau boleh whatsapp Ida di 0195590115 untuk ke group whatsapp