Wednesday 1 July 2015

4 Tips Sentiasa Gembira dengan Ketawa Untuk Elak Stress

Kita memang tak dapat lari dari stress. Kehidupan sekarang bertambah stress tak cukup duit tambah lagi bila Pak Menteri bagi kenyataan macam orang kurang cerdik berkaitan ekonomi. Jom Ida kongsikan tips macam mana nak sentiasa happy atau gembira dengan ketawa bagi elak stress.



1. Fikirkan sesuatu yang lawak

Cuba ingat benda lawak yang pernah terjadi dalam hidup kita dulu-dulu. Kira macam throwback la. Bila kita teringat kisah lawak tu, mesti kita sengih sorang-sorang kan. Tengah-tengah marah atau stress tapi bila teringat balik kisah lawak, ha,, jangan malu nak mengaku tersengih sorang-sorang macam kerang busuk

2. Bayangkan sesuatu yang lucu atau lawak

Geram pada seseorang tapi sebab nak twist mindset kita supaya takmau negative thinking. Apa kata cuba kita bayangkan orang tersebut ada ketuat besar kat muka dia ke atau gigi depan dia takde ke. Sesuatu yang boleh bagi kita senyum tentang fizikal dia. Tak pon bayangkan dia pakai baju sekian sekian ( yang tak kena dengan fizikal dia) yang boleh buat kita senyum sorang-sorang. Alah, bukan orang tau pon kan !

3. Menonton video yang lawak atau lucu

Paling senang, tengokla cerita kartun macam minnion tu. Dah la comel, lawak. Ntah apa-apa la bahasa dia yang kita tak paham. Tak pon tengok cerita macam Just for Laugh ke, Maharaja Lawak Mega ke. Ye la cerita yang lawak sampai boleh buat kita keluar air mata sebab gelak tak ingat dunia. Tapi pada-pada la ye gelak tu. Nanti jiran sebelah cakap kita gila pulak.

4. Baca majalah yang lawak atau lucu

Majalah yang lawak, contohnya majalah ujang. Majalah kartun yang best, jalan cerita yang sempoi. Tak pernah baca? Sila dapatkan di pasaran. 

Sense of humor sangatlah penting dalam kehidupan kita untuk menjadikan kita lebih bahagia. Untung sungguh kalau dapat pasangan yang ada sense of humor kan. Jadi, tak perlu stress sangat la. Semua tips di atas boleh bantu kita. 


Eh, badan letih adalah salah satu punca STRESS

JOM LAYAN VMEO ni, cemana boleh elak stress bila badan letih







Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.


No comments:

Post a Comment