Sunday, 29 March 2015

7 Tips Bangun Kembali Setelah Jatuh Tersungkur Dalam Perniagaan

Lumrah kehidupan dalam perniagaan, ada pasang dan surut. Begitu juga dengan berjaya serta gagal dalam perniagaan. Setelat jatuh dalam kegagalan, insan yang diciptakan oleh Yang Maha Hebat wajib bangun semula. Walaupun terpaksa mengesot untuk terus bangun kembali setelah jatuh tersungkur dalam perniagaan.

Tips bangun kembali setelah jatuh tersungkur dalam perniagaan
Perjalanan dalam kejayaan bermula dari langkah pertama

7 Tips Bangun Kembali Setelah Jatuh Tersungkur Dalam Perniagaan


1. Percaya kita adalah insan terpilih yang diuji oleh Allah SWT

Syukur kerana Allah SWT memilih kita untuk diuji. Allah SWT tu tak kejam. Dia tahu kemampuan hambanya. Dia tahu kita yang diuji ni BOLEH berfikir dan KUAT dengan ujian yang Dia berikan. Terima dengan berlapang dada

2. Periksa hubungan kita dengan Yang Maha Esa

Adakah kita solat di awal waktu? Berkongsi rezeki dengan cara macam mana - bersedekah? Berapa ayat Al Quran yang kita sempat baca dalam masa 1 hari?

3. Pandang ke depan, yang dah berlalu biarkan dan jadikan tauladan

Usah dikenang-kenang lagi apa yang dah terjadi. Sekarang mulakan langkah yang baru yang lebih bertenaga sambil senyum supaya aura positif berpusu-pusu ke arah kita. Buang jauh-jauh memori pedih tu.

4. Sayang diri sendiri, halau jauh-jauh perkataan Sabotaj Diri sendiri

Setiap individu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Gunakan potensi yang ada, jauhi sabotaj diri seperti merendahkan keyakinan diri, bersedih dan sebagainya

5. Hadiri kurus peningkatan diri

Sekarang terlampau banyak kursus-kursus keusahawanan dan juga woksyop peningkatan naluri. Sila pergi dan rasai kehebatan aura positif

6. Aku boleh buat, aku yakin aku boleh

Selalu memuji diri, sayang diri sendiri dan  selalu yakin pada diri sendiri bahawa aku boleh buat. Kacang goreng je pon nak buat perkara ni.

7. Perniagaan kita, kita yang kena handle bukan orang lain

Buat pelan tindakan, tampal kata-kata motivasi yang dapat menaikkan semangat diri dan cari BIG WHY dalam diri dan perniagaan kita.



Kita yang perlu ubah diri kita sendiri. Walaupun kita dibantu oleh sebuah crane sekalipun untuk bangun setelah tersungkur TETAPI diri kita sendiri tak mahu bangun, Buat penat je sewa crane tu. Apa-apa pon semuanya dari diri kita sendiri dan dengan izin Nya.



Jom kita dengar ayat-ayat power daripada Neni Lyna Noh yang dapat membakar semangat saya untuk terus berjuang dalam cycle yang baru.







Just Do It! Tapi, Kenapa? from iReach HD on Vimeo.

No comments:

Post a Comment