Sunday 29 March 2015

7 Tips Bangun Kembali Setelah Jatuh Tersungkur Dalam Perniagaan

Lumrah kehidupan dalam perniagaan, ada pasang dan surut. Begitu juga dengan berjaya serta gagal dalam perniagaan. Setelat jatuh dalam kegagalan, insan yang diciptakan oleh Yang Maha Hebat wajib bangun semula. Walaupun terpaksa mengesot untuk terus bangun kembali setelah jatuh tersungkur dalam perniagaan.

Tips bangun kembali setelah jatuh tersungkur dalam perniagaan
Perjalanan dalam kejayaan bermula dari langkah pertama

7 Tips Bangun Kembali Setelah Jatuh Tersungkur Dalam Perniagaan


1. Percaya kita adalah insan terpilih yang diuji oleh Allah SWT

Syukur kerana Allah SWT memilih kita untuk diuji. Allah SWT tu tak kejam. Dia tahu kemampuan hambanya. Dia tahu kita yang diuji ni BOLEH berfikir dan KUAT dengan ujian yang Dia berikan. Terima dengan berlapang dada

2. Periksa hubungan kita dengan Yang Maha Esa

Adakah kita solat di awal waktu? Berkongsi rezeki dengan cara macam mana - bersedekah? Berapa ayat Al Quran yang kita sempat baca dalam masa 1 hari?

3. Pandang ke depan, yang dah berlalu biarkan dan jadikan tauladan

Usah dikenang-kenang lagi apa yang dah terjadi. Sekarang mulakan langkah yang baru yang lebih bertenaga sambil senyum supaya aura positif berpusu-pusu ke arah kita. Buang jauh-jauh memori pedih tu.

4. Sayang diri sendiri, halau jauh-jauh perkataan Sabotaj Diri sendiri

Setiap individu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Gunakan potensi yang ada, jauhi sabotaj diri seperti merendahkan keyakinan diri, bersedih dan sebagainya

5. Hadiri kurus peningkatan diri

Sekarang terlampau banyak kursus-kursus keusahawanan dan juga woksyop peningkatan naluri. Sila pergi dan rasai kehebatan aura positif

6. Aku boleh buat, aku yakin aku boleh

Selalu memuji diri, sayang diri sendiri dan  selalu yakin pada diri sendiri bahawa aku boleh buat. Kacang goreng je pon nak buat perkara ni.

7. Perniagaan kita, kita yang kena handle bukan orang lain

Buat pelan tindakan, tampal kata-kata motivasi yang dapat menaikkan semangat diri dan cari BIG WHY dalam diri dan perniagaan kita.



Kita yang perlu ubah diri kita sendiri. Walaupun kita dibantu oleh sebuah crane sekalipun untuk bangun setelah tersungkur TETAPI diri kita sendiri tak mahu bangun, Buat penat je sewa crane tu. Apa-apa pon semuanya dari diri kita sendiri dan dengan izin Nya.



Jom kita dengar ayat-ayat power daripada Neni Lyna Noh yang dapat membakar semangat saya untuk terus berjuang dalam cycle yang baru.







Just Do It! Tapi, Kenapa? from iReach HD on Vimeo.

Wednesday 25 March 2015

Tips WAHM Urus Anak yang Asyik Kacau Gadjet

Assalamualaikum ibu - ibu yang hebat !

anak, gadjet, WAHM, masa

Ramai ibu yang berhadapan dengan masalah anak - anak yang asyik kacau gadjet. Siap berebut dengan anak kan. Ada ibu yang sanggup marah-marah anak bila anak kacau gadjet macam handphone atau laptop atau tab atau ipad dan many more. Bila ibu-ibu dah menyinga, mula la stress.

Lepas tu takde mood nak online. Betul tak? Tu belum kira susah nak update blog sebab anak kacau gadjet atau anak ajak main game dalam gadjet sama-sama. Mulalah lambat balas sms atau whatsapp daripada customer sebab anak pegang handphone. Bertambahlah stress bila tak boleh nak promote produk sebab anak pon join sekali tekan-tekan keypad (anak pon tunjuk skill tekan-tekan ABC sebab nak share cerita dia).

TIPS YANG BOLEH ELAK ANAK-ANAK KACAU GADJET WAHM


Elak install games atau application yang boleh menarik minat anak-anak dalam gadjet

Ibu-ibu ni kan rajin sangatla bukak youtube Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu, Hi5, cuba sorok sikit icon Youtube dalam handphone atau uninstall terus lagi selamat. Jangan sesekali tunjuk cerita kesukaan anak-anak melalui gadjet kita. Tak perlu kot download games sebab bukan je menarik minat anak-anak, malah ibu-ibu pon boleh terjebak sama. Lagi parah kalau anak beranak berebut gadjet sebabkan game.

Casing gadjet yang wallahhh!!

Sekarang ni kan banyak sangatla casing yang cantik-cantik. Biasalah perempuan sukakan benda cantik kan. Kalau boleh pakai je casing gadjet yang biasa-biasa yang penting dapat protect gadjet tu.

Ajar anak, gadjet bukanlah toys.

Anak menangis, anak merajuk, ubatnye dihulurkan gadjet. Silap sangat di situ. Pujuk anak, belai anak, tenteramkan anak dengan penuh kasih sayang. Tu kan lagi bagus selain bagi handphone ibu-ibu pada anak yang tengah merajuk atau menangis. 

Selfie mahupun wefie

Ibu yang nak selfie atau nak selfie kan anak, biar ibu yang control gadjet. Elak biarkan anak-anak yang control gadjet ibu.

Anak-anak kita adalah anugerah yang tak ternilai yang dipinjamkan oleh Nya. Jadi, kita tak boleh salahkan anak semata-mata alasan untuk menjadi penghalang kita berbisness online. Kata WAHM kan. Yang penting, ibu-ibu sendiri yang perlu pandai handle anak-anak. Cuba tips-tips di atas, mana tahu berhasil. Buat pelan-pelan, insyaAllah lama-lama kita terbiasa disamping dapat disiplinkan diri sendiri.

Jom kita tengok vimeo best daripada mommy sporting ni. Bayangkan dia ada 3 orang anak lelaki. Anak lelaki lagi suka dengan gadjet. Eh, tak payah tengok anak lelaki la, tengok daddy je dah cukup apa kesukaan kaum Adam ni.


Semoga perkongsian ni memberi idea pada ibu-ibu macam saya yang memang ada masalah anak kacau handphone, anak kacau tab, anak kacau lapotop.


Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vimeo.